Blog Rasmi Hafiz Imtiyaz Training & Consultancy
Filed under:
IBADAH
|
Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah : 222)
Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.
JENIS-JENIS BERSUCI
![]() | Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum. |
![]() | Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran. |
![]() | Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur. |
ISTINJAK |
RUKUN ISTINJAK
Rukun istinjak ada 3 iaitu :
![]() | Islam |
![]() | Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci |
![]() | Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur |
SUNAT-SUNAT ISTINJAK
![]() | Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya. |
![]() | Menggunakan tangan kiri |
BERISTINJAK DENGAN BATU
Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:
![]() | Pastikan benda tersebut tidak mengalir |
![]() | Pastikan najis belum kering |
![]() | Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain |
BERISTINJAK DENGAN AIR
Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.
BENDA-BENDA BERNAJIS |
Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :
![]() | Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci. |
![]() | Darah kecuali hati dan limpa |
![]() | Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur |
![]() | Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor |
![]() | Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan |
![]() | Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup |
JENIS-JENIS NAJIS
Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu:
![]() | NAJIS MUGHALLAZAH Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih | ||||
![]() | NAJIS MUKHAFFAFAH Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susu ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya | ||||
![]() | NAJIS MUTAWASSITAH Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian :
| ||||
JENIS-JENIS AIR |
Terdapat 5 jenis air iaitu :
![]() | AIR MUTLAK Sifatnya adalah suci lagi menyucikan. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun | ||||
![]() | AIR MUQAYYAT Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, air buah-buahan dan sebagainya. | ||||
![]() | AIR MUTANNAJJIS Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
| ||||
![]() | AIR MUSYAMMAS Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian | ||||
![]() | AIR MUSTAGHMAL Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya. |
About this blogger theme
Save the Queen blogspot template is the first template I have created. This is free, supported and ready for download. If you have any questions feel free to leave your comment on my weblog. Hope you like it. Enjoy!
Save the Queen blogspot template is the first template I have created. This is free, supported and ready for download. If you have any questions feel free to leave your comment on my weblog. Hope you like it. Enjoy!
No comment yet
PENGERTIAN BERSUCI
PENGERTIAN BERSUCI
Klik pilihan anda!!
PERKHIDMATAN KAMI
Kami adalah Perunding Latihan & Motivasi Keislaman.
Modul & Latihan kami amat sesuai untuk pelajar peringkat rendah, menengah &IPT.
Antaranya :-
1. KEPIMPINAN
2. MOTIVASI AKADEMIK
3. PENGURUSAN ORGANISASI & SOSIAL
4. PENGUKUHAN IBADAH
5. LATIHAN KEUSAHAWANAN
6. PENGURUSAN HISTERIA
7. dll..
Perkhidmatan lain:-
1. FOTOGRAFI (PERKAHWINAN, MAJLIS RASMI & KORPORAT, MAJALAH)
2. PERUNDINGAN,LATIHAN & MOTIVASI KEISLAMAN
3. PENGURUSAN ACARA & MAJLIS
4. PENGURUSAN PESTA,KARNIVAL & KONSERT KEISLAMAN.
5. SENIREKA GRAFIK
Teknik menjawab soalan Peperiksaan PMR 2011...
01-Aug-2011Projek Syarikat An-Nisa'...
01-Aug-2011Program Kemahiran Belajar & Tips Menjawab...
22-Jul-2011Name Tag HITC...
19-Jul-2011hari raya?...
08-Jul-2011
NUKILAN TERBAIK
-
Mata Batin atau dalam Istilah Tasawuf Al Bathinah merupakan Indera keenam yang Allah berikan kepada setiap manusia, Mata Batin ibarat kaca...
-
Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah :...
-
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit faja...
Add your comment below